Find Your Course
Enter Keyword(s)

Semua kursus di Australia Barat diiktiraf berpandukan dengan tajuk-tajuk AQF nasional. Kelayakan AQF disahkan oleh kerajaan Australia,maka kelayakan AQF diiktiraf di seluruh Australia dan negara-negara lain. Rajah di bawah menunjukkan sistem laluan yang dibangunkan dengan rapi yang wujud di Australia Barat. Sila gunakan kemudahan carian untuk mencari kursus dan institusi pendidikan. Istilah pencarian mestilah dalam Bahasa Inggeris.

Anda mempunyai banyak pilihan pendidikan untuk dipilih di Perth, jadi sila ambil sedikit masa untuk berfikir tentang kerjaya dan matlamat hidup anda. Kursus yang anda pelajari akan membentuk perancangan kerjaya dan hidup anda. Fikir sama ada anda ingin belajar di kolej atau universiti yang kecil atau yang besar? Apakah peringkat kelulusan yang anda inginkan? (contoh ; sijil, diploma, ijazah dan lain-lain). Anda mungkin menjumpai kursus yang anda ingin pelajari ditawarkan di beberapa tempat.
Anda juga perlu menimbangkan syarat kemasukan akademik institusi tersebut, kerana setiap kolej atau universiti mempunyai standard yang tersendiri. Jika tahap penguasaan bahasa Inggeris anda sangat rendah, anda perlu menimbangkan tentang mengikuti kursus Bahasa Inggeris tambahan.
Laman web ini mempunyai pautan kepada semua institusi ahli PEC. Sila gunakan pautan berikut untuk melihat syarat kemasukan institusi masing-masing.
Kursus Intensif Bahasa Inggeris untuk Pelajar Luar Negara, atau “ELICOS”, ditawarkan oleh sebilangan institusi di Perth. Kursus ELICOS biasanya terdiri daripada 20 jam (atau lebih) pengajaran dalam kelas setiap minggu. Visa pelajar boleh membenarkan 20 jam kerja sambilan setiap minggu dan termasuk kebenaran untuk bekerja sambilan.
Kursus ELICOS biasanya dipecahkan kepada empat kategori :

Di Australia Barat terdapat sekolah rendah dan menengah kerajaan dan bukan kerajaan. Adalah diwajibkan untuk semua kanak-kanak menghadiri persekolahan dari umur enam tahun sehingga lima belas tahun. Kebanyakan pelajar meneruskan pelajaran mereka sehingga ke umur 17 tahun.
Kanak-kanak mendaftar ke sekolah Rendah untuk tahun 1 sehingga 7 manakala kebanyakan kanak-kanak yang menghadiri tadika dan pra sekolah Rendah bermula sebelum Tahun 1. Setelah melengkapkan pendidikan sekolah Rendah tahun 7, mereka akan berpindah ke sekolah menengah untuk tahun 8 hingga 12.
Perundangan Australia Barat dan kerajaan Australia memastikan standard pendidikan yang tinggi dan premis berkualiti manakala program pendidikan disemua sekolah diawasi dengan standard yang selalu dinilai melalui program penilaian. Semua sekolah kerajaan adalah ko-ed dan sekolah bukan kerajaan adalah sama ada lelaki sahaja, perempuan sahaja atau ko-ed.
Semua sekolah berkongsi pendekatan yang sama terhadap pembelajaran, berasakan keperluan individu pelajar. Semua sekolah sentiasa melapor kepada pelajar dan ibu bapa mengenai kemajuan pendidikan dan kesejahteraan.Tahun akademik bermula awal Februari dan berakhir pada Disember dengan tahun tersebut dibahagikan kepada empat penggal, dua dalam setiap semester.

Terdapat lima universiti di Australia Barat yang menawarkan kursus untuk sarjana muda dan sarjana. Semua institusi ini mengekalkan standard kecemerlangan yang tinggi dan telah mendapat pengiktirafan dan pujian antarabangsa.
Ijazah Sarjana Muda mengambil masa 3 hingga 5 tahun untuk dihabiskan, dan ditawarkan dalam pelbagai bidang. Mahasiswa boleh juga mengambil kursus Diploma dan Ijazah Bersekutu yang lebih pendek.
Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah, mengambil masa antara enam bulan dan setahun, direka untuk membangunkan pengetahuan professional dan kemahiran yang diperolehi daripada ijazah sarjana muda.
Ijazah Sarjana, yang biasanya mengambil masa dua tahun untuk dihabiskan, boleh diambil secara kerja kursus atau penyelidikan. Kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang sangat popular diiktiraf sebagai mencabar, relevan dan merupakan kelayakan cemerlang untuk orang yang mencari kerja yang boleh membawa mereka ke kedudukan paling senior di sector awam dan swasta.
Ijazah Kedoktoran (PhD), yang mengambil masa tiga tahun untuk dihabiskan ialah anugerah paling tinggi ditawarkan oleh Universiti. Ia merupakan ijazah penyelidikan tetapi sesetengah program mungkin mempunyai komponen kerja kursus.

Sektor Teknikal dan Pendidikan Lanjutan Australia (TAFE) adalah sistem kerajaan untuk pengajian dan latihan vokasional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Terdapat juga banyak penyedia pengajian vokasional swasta. Kursus terdapat untuk 6 bulan sehingga tiga tahun sepenuh masa. Terdapat lebih 200 bidang pengajian dan setiap satunya lebih menekankan praktikal berbanding teori. Kursus dibangunkan dengan kerjasama industri dan komuniti untuk memastikan ia diiktiraf di peringkat antarabangsa dan latihan terkini diberikan. Kelayakan dapat dipindah di seluruh Australia dan luar negara. Sesetengah kursus membenarkan graduan untuk mendaftar ke dalam tahun dua untuk program-program universiti.
Sesetengah VTE dan kolej laluan berjalan dari awal Februari sehingga akhir November, manakala yang lainnya berfungsi dalam tiga trimester. Sesetengah kursus menawarkan pengambilan pada Februari, Julai dan Oktober. Biasanya, pendaftaran dan orientasi berlaku seminggu sebelum permulaan kursus. Pelajar perlu mendaftar pilihan subjek mereka di fakulti bersesuaian. Menukar pilihan unit biasanya dibenarkan dalam satu tempoh pendek pada permulaan kursus.
Pelbagai institusi swasta di Australia menawarkan pelbagai kursus sijil dan diploma untuk tujuan perniagaan dan tujuan vokasional lain. Kursus yang ditawarkan, syarat kemasukan dan tempoh kursus ditetapkan oleh kolej-kolej sendiri. Kursus sijil mengambil masa 6 bulan untuk dihabiskan. Kursus diploma selalunya mengambil masa satu atau dua tahun.

Perth merupakan salah satu tempat dengan harga berpatutan untuk belajar di negara-negara yang bertuturan Bahasa Inggeris. Ia dapat dibandingkan dengan baik terhadap bandaraya lain di dalam Australia dan antarabangsa. Anda akan mendapati, jumlah kos yuran tuisyen dan sara diri adalah lebih rendah daripada di Melbourne, Sydney, termasuk UK dan US. Setiap institut mempunyai yuran yang berbeza untuk kursus berlainan.
Berikut adalah hanya panduan:
Latihan Bahasa Inggeris | A$1,300-11,500 setahun |
Kursus pendidikan dan latihan vokasional | A$4,500-9,000 setahun |
Ijazah Sarjana Muda (graduan ijazah pertama) | A$12,000–A$19,000 setahun |
| Diploma Sarjana, Ijazah Sarjana, PhD (lepasan ijazah) | A$6,000–A$20,000 setahun NZ$16,000–NZ$25,000 setahun |
Pengajian Asas | A$10,000-14,000 setahun |