Kerja

student at a library

Disebabkan perkembangan pesat ekonomi Australia Barat ia mempunyai kadar pengangguran terendah di Australia. Ini bermakna terdapat banyak kerja sambilan untuk pelajar antarabangsa. Pelajar antarabangsa di Australia layak berkerja sehingga 20 jam seminggu (dan sehingga 40 jam seminggu semasa cuti semester). Ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan tambahan untuk pembelajaran dan perbelanjaan hidup, mendapat pengalaman kerja Australia dan mengambil bahagian sepenuhnya dalam masyarakat Australia. Kerja boleh dikenalpasti daripada perkhidmatan sokongan insititusi, perbualan mulut atau iklan surat khabar.

Wang yang diperolehi semasa berkerja di Australia hanya patut sebagai pendapatan tambahan dan tidak digunakan sebagai sumber pendapatan tunggal. Sebelum pelajar datang ke Australia, mereka harus menunjukkan mereka mempunyai wang yang secukupnya untuk membayar perbelanjaan hidup, kos pembelajaran dan perjalanan untuk jangka masa pembelajaran mereka.

Kebanyakan pelajar mengambil kerja separuh masa atau kasual pada suatu peringkat pembelajaran mereka. Sesetengah kerja berkait rapat dengan kursus yang dipelajari (seperti kerja pelatih formal atau aturan tidak formal seperti kerja sambilan sebagai pelajar perundangan di pejabat peguam). Sesetengah pelajar menjadi tutor untuk pelajar sekolah atau mendapatkan kerja di kampus di kantin, kedai buku, pejabat institusi dan sebagai pembantu makmal. Sesetengah kerja adalah sepenuhnya di luar komuniti pendidikan seperti dalam hospitaliti, pelayan bar, menjaga anak, berkebun, jualan, teknologi maklumat, restoran, kerja kaunter bayaran atau memetik buah.

cafe scene

Maklumat visa pelajar dilaman web ini adalah sebagai panduan sahaja dan boleh berubah. Untuk maklumat yang lebih terperinci, tepat dan terkini mengenai visa pelajar dan keperluan visa, sila periksa laman web Jabatan Imigrasi dan Hubungan AntaraBudaya (DIMA). Untuk keterangan terperinci mengenai migrasi pekerja mahir sila lihat muka surat Jabatan Industri & Sumber Migrasi pekerja mahir.