Mengapa Belajar di Perth
Perth merupakan bandaraya yang cantik dan bertenaga yang terletak di tebing sungai Swan dan bersempadan dengan perairan berkilauan cantik Lautan Hindi. Sembilan bulan dalam setahun adalah bercuaca panas dengan banyak pancaran matahari di mana Perth mendapat lebih banyak sinaran matahari dari mana-mana tempat di Australia. Ia mempunyai cuaca ala Mediterranian dengan musim panas yang kering dan musim sejuk yang sederhana.
Berikut merupakan 8 sebab hebat mengapa anda harus belajar di Perth:
![]() |
1. Alami kehidupannya!Perth mempunyai antara standard kehidupan yang tertinggi di dunia. Ini digambarkan dengan kemudahan pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan rekreasi yang berkualiti tinggi. Ianya selamat dan bersih dengan gaya hidup yang tenang, sihat dan persekitaran yang bebas tekanan. Ia mempunyai saiz yang sesuai. Tidak terlalu besar (mahal, dingin, merbahaya) tapi juga tidak terlalu kecil (masih bersemangat dan mengujakan). |
![]() |
2. Dapatkan pekerjaan yang hebatInstitusi pendidikan Perth adalah bertaraf dunia dan terkemuka di seluruh dunia. Graduan kursus pengajian di Perth boleh yakin bahawa kelulusan mereka akan diiktiraf di peringkat antarabangsa semasa mencari pekerjaan atau melanjutkan pengajian. |
![]() |
3. Biar matahari terpancar berterusanPerth dipancari sinaran matahari yang lebih banyak berbanding mana-mana ibu kota lain di Australia. Panas dan kering semasa musim panas dan sederhana semasa musim sejuk. Berseronok di luar merupakan kegiatan masa lapang sepanjang tahun. |
![]() |
4. Masakan dari seluruh dunia disatu tempatPerth merupakan titik pertemuan kepelbagaian budaya yang harmoni. Lebih daripada 200 bangsa yang berlainan hidup, bekerja dan belajar dalam masyarakat yang muda dan progresif ini. Ini digambarkan oleh kepelbagaian makanan yang boleh didapati. Berjalan-jalanlah sepanjang salah satu jalan Northbridge untuk merasai kepelbagaian budaya dalam satu hidangan! Hasil segar kebun, makanan laut yang sungguh enak dan masakan tempatan yang istimewa turut menambah kepada pengalaman makan yang menakjubkan di Perth. |
![]() |
5. Nilai hebat untuk wangPerth merupakan salah satu tempat yang paling berpatutan untuk belajar di negara-negara yang bertuturan Bahasa Inggeris. Tuisyennya juga boleh dibandingkan dengan yang terbaik di dunia. Perth juga mempunyai standard hidup yang tinggi dan kos sara diri yang rendah berbanding bandar-bandar utama lain di Australia dan di peringkat antarabangsa. |
![]() |
6. Mengembara dengan bergayaPengangkutan awam di Perth adalah murah dan moden dengan jaringan feri, bas dan keretapi yang memberikan pengangkutan yang selamat dan berpatutan. Semua pengangkutan dalam kawasan CBD adalah PERCUMA. |
![]() |
7. Bekerja SambilanBekerja sambilan memberikan anda wang lebih untuk berbelanja dan membuatkan anda berasa benar-benar seperti salah seorang daripada ahli masyarakatnya. Australia Barat merupakan penjana ekonomi Australia. Ia mempunyai kadar pengangguran yang terendah di Australia dan ini bermaksud banyak kerja sambilan untuk pelajar antarabangsa. |
![]() |
8. Ia menyeronokkan!Bila anda meninggalkan Perth, anda akan meninggalkannya dengan kelulusan bertaraf dunia. Tetapi mengapa tidak berseronok sambil anda mendapatkannya. Penduduk yang peramah mengalu-alukan kehadiran anda, makanan yang terbaik, cuaca yang hebat, antara pantai yang terbaik di dunia, aktiviti malam yang hebat, pelbagai jenis sukan air dan aktiviti, dan persekitaran pembelajaran yang memupuk interaksi sosial dan juga pendidikan berkualiti tinggi. |









