Visa Pelajar

Semua pengajian di Australia melebihi tempoh 3 bulan memerlukan visa pelajar. Visa kunjungan singkat diperlukan jika penginapan yang diatur kurang dari 3 bulan. Visa pelajar diperlukan untuk penduduk bukan warganegara Australia dan hanya akan diberikan jika mendaftar untuk kursus sepenuh masa di Australia.
Pelajar antarabangsa akan diberikan visa kemasukan berganda untuk tempoh pengajian mereka. Pelajar boleh berkunjung selalu ke Australia dalam tempoh yang diluluskan bersama dengan ahli keluarga terdekat dengan kelas visa yang sama.
Prosedur dan syarat adalah berbeza untuk setiap pelajar dan mungkin berbeza dari negara ke negara dan untuk kursus berlainan.
Institusi pendidikan boleh membantu dalam proses visa, dan maklumat spesifik boleh didapati dari Jabatan Imigresen& Hubungan Antarabudaya (DIMA), atau dari Kedutaan atau Konsulat Australia di negara anda. Maklumat mengenai permohonan visa pelajar boleh dijumpai di:
Jabatan Imigresen dan Hubungan AntaraBudaya dan Orang Asli (DIMA).
Sub-kelas Visa Pelajar
Program visa pelajar Australia mempunyai tujuh sub-kelas. Maklumat berikut mengenai sub-kelas visa boleh turut dijumpai di laman web DIMIA yang dinyatakan di atas.
Sub-kelas 570
Sektor ELICOS bebas untuk pelajar antarabangsa yang mengambil ELICOS (Kursus Bahasa Inggeris Intensif untuk Pelajar Antarabangsa) sebagai kursus bebas, dan bukan sebagai prasyarat untuk memulakan kursus lain (sebagai contoh, kursus Ijazah).
Sub-kelas 571
Sektor Sekolah untuk pelajar antarabangsa yang mengambil kursus pengajian di sekolah rendah atau sekolah menengah, termasuk sekolah menengah rendah dan menengah atas.
Sub-kelas 572
Sektor Pendidikan Vokasional dan Teknikal (VTE) merangkumi Sijil I, II, III dan IV, Diploma, Diploma Lanjutan and Ijazah Bersekutu.
Sub-kelas 573
Sektor pengajian tinggi merangkumi Ijazah Sarjana Muda, Sijil Graduan, dan Diploma Graduan dan Sarjana melalui kerja kursus.
Sub-kelas 574
Sektor Sarjana dan Kedoktoran merangkumi Ijazah Sarjana melalui kerja kursus atau penyelidikan, dan Ijazah Kedoktoran.
Sub-kelas 575
Pengajian asas tanpa penganugerahan/ rangkuman asas sektor lain, perantaraan atau kursus lain yang tidak menuju kepada penganugerahan Ijazah, Diploma atau anugerah formal yang lain dalam Rangkakerja Kelayakan Australia.
Sub-kelas 576
AusAID atau sektor anjuran Pertahanan merangkumi pengajian sepenuh masa yang diambil oleh pelajar anjuran AusAID atau Pertahanan untuk keseluruhan atau sebahagian daripada kursus latihan yang ditawarkan oleh penyedia pendidikan Australia.

Tahap Penilaian Visa
Kriteria penilaian pelajar semasa memohon untuk visa dari suatu kelas tertentu bergantung kepada negara asal mereka.
Tahap penilaian biasanya berkaitan dengan kebarangkalian pelajar untuk mematuhi syarat-syarat visa, berasaskan rekod pelajar-pelajar sebelumnya dari negara mereka yang telah belajar di Australia.
Penilaian tahap 1 mewakili tahap penilaian terendah dan penilaian tahap 5 yang tertinggi .
Lebih tinggi tahap penilaian, lebih banyak bukti yang perlu disediakan oleh pelajar. Ini termasuk membuktikan kapasiti kewangan untuk menyokong pengajian mereka, pemahaman Bahasa Inggeris dan perkara lain yang berkaitan.Untuk menentukan tahap penilaian yang anda bergantung kepada, negara mana anda berasal dan kursus mana anda ingin memohon, sila rujuk Borang DIMA 1219.
Syarat asas untuk semua pemohon
Apapun kursus pengajian atau negara asal, pelajar perlu mencapai syarat asas berikut:
- telah mendapat Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara (OSHC)
- tiada hutang kepada Commonwealth
- perwatakan yang baik, dan
- keperluan tambahan – jika di bawah umur 18 tahun.
- bukti kesihatan yang baik
- mempunyai wang yang mencukupi
- bukti kemahiran Bahasa Inggeris (keputusan ujian IELTS)
Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kesihatan sila rujuk borang DIMA 1163i

Memohon visa
Arahan terperinci untuk memohon visa pelajar boleh dijumpai di dalam borang DIMA 1160i.
Untuk memohon visa pelajar, pelajar perlu melengkapkan borang permohonan visa 157A dan menghantarnya kepada DIMA bersama semua dokumen yang diperlukan, yuran permohonan, dan salinan Borang Tawaran mereka dari institusi di Perth.

