Jaminan Kualiti

Peruntukan perkhidmatan pendidikan dan latihan untuk pelajar luar negara di Australia ditentukan oleh Jabatan Pendidikan, Sains dan Latihan menerusi Akta Perkhidmatan Pendidikan untuk Pelajar Luar Negara (ESOS) dan perundangan berkaitan. Tujuan perundangan tersebut ialah untuk melindungi kepentingan orang yang datang ke Australia mengunakan visa pelajar, dengan memberikan tuisyen dan jaminan kewangan dan dengan memastikan pendekatan nasional yang konsisten terhadap pendaftaran pemberi. Perundangan tersebut juga memastikan integriti industri melalui keperluan laporan berkaitan visa.
Kelayakan Australia dihormati diperingkat antarabangsa semasa mencari pekerjaan atau untuk menyambung pelajaran di universiti antarabangsa yang terkemuka. Apa yang membezakan Australia dari negara lain ialah Rangkakerja Kelayakan Australia (AQF) yang merupakan sistem arah pembelajaran nasional yang diiktiraf di seluruh Australia dan oleh negara-negara lain.
Universiti di Australia melalui ujian kualiti nasional dan tanda aras semua aspek operasi mereka melalui Universiti Kualiti Australia.

