Soalan yang Lazim Ditanya
- Apakah yang sangat menarik untuk belajar di Perth?
- Adakah kelayakan Australia diiktiraf di negara saya?
- Bagaimana saya memohon untuk belajar di Perth dan mendaftar untuk mengikuti kursus pilihan saya?
- Apakah tahap kelayakan yang paling sesuai untuk saya?
- Bagaimana saya mencari institusi yang saya minati?
- Berapa banyak wang yang saya perlukan?
- Adakah biasiswa diberikan?
- Bagaimanakah saya tahu jika saya mencapai keperluan kemasukan untuk kursus yang dipilih?
- Apakah tahap Bahasa Inggeris yang saya perlukan?
- Apakah latihan Vokasional dan Teknikal (VTE)?
- Bolehkan pelajar antarabangsa menghadiri sekolah di Australia?
- Bagaimanakah saya memperolehi Visa Pelajar Australia?
- Perlukah saya membuat pemeriksaan kesihatan sebelum mendapatkan visa pelajar?
- Adakah visa pelajar saya membenarkan saya keluar dan masuk Australia?
- Adakah saya akan mendapat visa pelajar secara automatik jika saya memohon?
- Apa akan berlaku jika saya diterima ke sebuah sekolah di Perth?
- Siapa yang menetapkan penginapan saya?
- Apa akan berlaku jika saya tidak mengatur penginapan sebelum tiba di Perth?
- Adakah institusi di WA diwajibkan mengambil tanggung jawab tambahan untuk mereka di bawah umur 18?
- Apakah keperluan kuarantin Australia?
- Adakah sesiapa akan menjemput saya di lapangan terbang?
- Adakah saya akan menerima orientasi formal kepada Perth dan insititusi saya?
- Apakah kewajipan rasmi saya sebagai pelajar antarabangsa dengan visa pelajar?
- Bolehkah saya tinggal terus selama-lamanya di Australia?
- Apakah visa yang saya perlukan jika saya mahu pelajari kursus kedua di Perth?
- Bolehkan saya diterima sebagai migran Australia selepas menghabiskan pelajaran saya di Perth?
- Bagaimanakah institusi pendidikan di Perth ditertibkan?
- Adakah terdapat perkhidmatan sokongan khas untuk pelajar antarabangsa?
- Apa yang boleh saya lakukan pada masa lapang saya?
- Bagaimana dengan membawa wang Australia bersama saya?
- Bolehkah saya menggunakan lesen memandu saya di WA?
- Bolehkah kerja sambilan saya membayar yuran saya?
- Berapa banyak wang akan saya dapat dengan bekerja sambilan?
Apakah yang sangat menarik untuk belajar di Perth?
Perth merupakan tumpuan pendidikan berkualiti tinggi dan penyelidikan cemerlang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Universiti, sekolah, Bahasa Inggeris, kaedah, dan pendidikan vokasional serta kolej latihan dan kursus kami adalah bertaraf dunia.
Perundangan Kerajaan Australia mewajibkan agensi jaminan kualiti dan kod tatalaku digunakan supaya pelajar antarabangsa di Australia dan ibu bapa mereka menerima tahap perkhidmatan dan perlindungan yang tiada bandingnya.
Perth dengan kepelbagaian budayanya mempunyai standard kehidupan yang tinggi dan merupakan bandaraya yang selamat, mesra, canggih dan harmoni di mana pelajar boleh belajar, mengembara dan berinteraksi. Institusi pendidikan di Perth turut memberikan nilai terbaik untuk wang anda.

Adakah kelayakan Australia diiktiraf di negara saya?
Kelayakan Australia dihormati diperingkat antarabangsa semasa mencari pekerjaan atau untuk menyambung pelajaran di universiti antarabangsa yang terkemuka. Yang membezakan Australia dengan banyak negara lain ialah Rangkakerja Kelayakan Australia(AQF) yang merupakan sistem nasional nama kursus pembelajaran dan kaedah pembelajaran yang diiktiraf di seluruh Australia dan negara-negara lain.
Bagaimana saya memohon untuk belajar di Perth dan mendaftar untuk mengikuti kursus pilihan saya?
Terdapat enam langkah mudah untuk diikuti:
- Putuskan dalam sektor yang mana anda ingin belajar – universiti, kolej, sekolah dan lain-lain.
- Pilih satu kursus
- Pohon ke sebuah institusi pendidikan, terima sebuah Tawaran
- Memohon untuk visa, bayar yuran
- Sempurnakan persiapan sebelum bertolak
- Tiba di Perth dan lengkapkan orientasi dengan institusi yang anda pilih.
Apakah tahap kelayakan yang paling sesuai untuk saya?
Rangkakerja Kelayakan Australia (AQF) ialah sebuah struktur nasional yang merangkumi 13 kelayakan berbeza yang merangkaikan empat sektor pendidikan dan menyediakan kaedah pembelajaran dan pengiktirafan untuk pendidikan sebelumnya. Setelah status kelayakan anda diperakui, AQF akan membantu anda untuk memilih kursus yang sesuai di Australia. Banyak institusi menawarkan pelajaran persediaan, yang turut dikenali sebagai kursus perantara atau kursus asas, untuk membantu memenuhi keperluan kemasukan institusi di Australia. Terdapat juga banyak kursus Bahasa Inggeris dengan tarikh mula sepanjang tahun untuk menyediakan anda untuk melanjutkan pelajaran di Australia.

Bagaimana saya mencari institusi yang saya minati?
Di laman web ini anda boleh mencari maklumat mengenai semua institusi berdaftar PEC dan kursus yang disediakan untuk pelajar antarabangsa di Australia Barat. Kami turut menyediakan rangkaian terus ke pemberi WA yang menawarkan kursus untuk pelajar antarabangsa.
Berapa banyak wang yang saya perlukan?
Bahagian penting dalam perancangan pembelajaran ialah perbelanjaan pendidikan anda. Majoriti pelajar antarabangsa di Australia Barat adalah pelajar yang membayar yuran penuh dan hanya sebilangan diberikan biasiswa. Pinjaman pelajar tidak diberikan untuk pelajar antarabangsa di Australia.
Anda harus menimbangkan sama ada anda mampu belajar di institusi tertentu. Yuran berbeza mengikut insitusi dan kursus yang dipilih. Sebagai contoh, kursus sains dan perubatan yang memerlukan penyelidikan makmal dan kerja lapangan yang banyak adalah lebih mahal daripada kursus sastera. Untuk diberikan visa pelajar dan bergantung kepada dari negara mana anda pohon, anda mungkin perlu menunjukkan yang anda mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membayar sebahagian atau keseluruhan yuran tuisyen dan perbelanjaan diri anda.

Adakah biasiswa diberikan?
Ya. Biasiswa disediakan untuk pelajar antarabangsa tetapi kebanyakannya ditawarkan kepada pendidikan sarjana di universiti. Majoriti pelajar antarabangsa di Australia adalah pelajar yang membayar yuran penuh dan tidak dianugerahkan biasiswa.
Bagaimanakah saya tahu jika saya mencapai keperluan kemasukan untuk kursus yang dipilih?
Pelajar mesti memenuhi keperluan akademik minimum untuk diterima masuk ke kursus-kursus spesifik. Setiap institusi menentukan syarat kemasukannya tersendiri yang mungkin berbeza mengikut institusi dan kursus atau fakulti. Sesetengah kursus memerlukan pengalaman kerja yang relevan dan ini mungkin penting untuk kursus MBA dan pengajian sarjana yang lain.
Anda mungkin dikehendaki untuk memberikan bukti pencapaian akademik dan kemahiran Bahasa Inggeris anda untuk menilai sama ada anda memenuhi syarat kemasukan untuk kursus yang anda pilih. Institusi akan melihat kepada tahap dan kandungan pengajian yang telah anda lalui di Australia atau negara asal anda.
Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran, anda mungkin boleh mendaftar di Sekolah menengah atau kursus persedian kolej. Jika anda tidak dapat memenuhi syarat kelayakan kursus ijazah pertama, anda mungkin boleh mendaftar di Pengajian Asas yang menyediakan anda untuk melanjutkan pengajian di WA dan menempah satu tempat sementara di kursus yang anda inginkan melalui “pakej visa”. Kursus perantaraan turut ditawarkan. Adalah dicadangkan anda meminta nasihat daripada institusi terbabit mengenai memenuhi syarat kelayakan mereka sebelum memohon untuk kemasukan ke kursus yang anda pilih.

Apakah tahap Bahasa Inggeris yang saya perlukan?
Bukti kemahiran Bahasa Inggeris diperlukan semasa memohon visa pelajar. Bergantung kepada kursus yang anda pilih, anda perlu mempunyai markah minimum dalam Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris, IELTS dan/ atau menyempurnakan satu tempoh tuisyen Bahasa Inggeris di Australia.
Kebanyakan universiti, kaedah pembelajaran dan pendidikan vokasional dan kursus latihan memerlukan pelajar untuk mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang mencukupi. Anda harus merujuk kepada setiap institusi untuk mengetahui ujian kemahiran Bahasa Inggeris yang mereka iktiraf dan markah minimum untuk setiap kursus. Terdapat juga banyak kursus Bahasa Inggeris dengan tarikh mula sepanjang tahun.

Apakah latihan Vokasional dan Teknikal (VTE)?
Sistem pendidikan Vokasional dan Teknikal Australia(VTE) menyampaikan latihan yang praktikal dan berpandukan kerjaya dan merangkumi kursus perkomputeran, pengajian perniagaan, pemasaran, pelancongan dan hospitaliti. VTE turut terdapat di Sekolah-sekolah di Australia.
Bolehkan pelajar antarabangsa menghadiri sekolah di Australia?
Ya. Sesetengah sekolah kerajaan dan bukan kerajaan menerima pelajar antarabangsa dan harus memenuhi syarat khas perundangan Kerajaan Australia.
.

Bagaimanakah saya memperolehi Visa Pelajar Australia?
Setelah anda memilih kursus dan institusi, anda harus membuat permohonan. Anda boleh mendapatkan borang permohonan daripada agen pendidikan Australia tempatan atau pegawai perhubungan yang dilantik oleh institusi tersebut. Pusat Pendidikan Australia atau Kedutaan Australia di negara anda boleh memberikan senarai agen pendidikan Australia tempatan atau maklumat mengenai pegawai perhubungan yang dilantik oleh institusi.
Anda lazimnya memerlukan dokumen berikut semasa membuat permohonan:
- sebuah dokumen dengan nama institusi yang anda pohon, nama kursus yang anda pohon dan pilihan kursus kedua dan ketiga di institusi sama
- maklumat penuh pengajian lepas, termasuk salinan kelayakan yang telah dianugerahkan kepada anda
- bukti kemahiran Bahasa Inggeris anda (untuk pengajian sarjana muda dan siswazah, dan pengajian dan latihan vokasional)
Pelajar antarabangsa harus mempunyai visa pelajar yang sah untuk tempoh pengajian mereka di Australia. Anda harus merujuk dengan Kedutaan Australia di negara anda untuk memastikan sama ada anda layak untuk memohon visa pelajar sebelum menerima pengesahan rasmi pendaftaran anda dan membayar yuran pengajian. Anda hanya akan diberikan visa pelajar jika anda ingin mengambil kursus sepenuh masa yang diiktiraf dan didaftar oleh Kerajaan Australia. Jabatan Hubungan Antara Budaya (DIMA) turut mempunyai pejabat dibanyak negara, lihat laman web mereka untuk lokasi.

Perlukah saya membuat pemeriksaan kesihatan sebelum mendapatkan visa pelajar?
Ya, anda akan diminta untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebagai sebahagian daripada proses mendapatkan visa. Anda akan diberikan satu senarai doktor yang diluluskan yang bertugas di negara anda dan borang-borang khas untuk dilengkapkan oleh doktor.
Semua pelajar harus menunjukan bukti bahawa mereka memiliki perlindungan insurans kesihatan sebelum visa dapat diberikan. Australia mempunyai sistem insurans perubatan yang sangat kompetitif kosnya. Dalam kebanyakan keadaan anda boleh membayar premium insurans perubatan wajib (Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara, atau pendeknya OSHC) kepada institusi pendidikan yang kemudiannya akan membayar kepada syarikat insurans kesihatan. Jika anda merupakan pelajar yang disokong oleh AusAID anda tidak perlu membayar OSHC dengan sendiri tetapi anda perlu menunjukkan bukti bahawa AusAID menyokong permohonan anda.
Adakah visa pelajar saya membenarkan saya keluar dan masuk Australia?
Ya, jika permohonan anda berjaya, anda akan diberikan Visa Kemasukan Berganda, yang membenarkan anda keluar dan masuk ke Australia dalam tempoh visa diberikan.

Adakah saya akan mendapat visa pelajar secara automatik jika saya memohon?
Tidak. Jika permohonan anda tidak berjaya, anda akan diberitahu sebabnya secara bertulis. Keputusan untuk tidak memberikan anda visa pelajar tidak boleh dirujuk kembali jika anda memohon dari luar Australia. Sebelum memohon kembali visa pelajar, anda harus menimbangkan dengan teliti bukti yang anda dapat kemukakan untuk memuaskan pembuat keputusan yang anda mematuhi semua syarat untuk memperolehi visa pelajar.
Apa akan berlaku jika saya diterima ke sebuah sekolah di Perth?
Insititusi di mana anda mendaftar akan menghantar surat pengesahan pendaftaran dan pakej maklumat. Pakej ini sangat penting kerana ia mengandungi maklumat mengenai kursus yang anda pilih, pilihan penginapan anda dan acara penting yang anda harus hadir semasa minggu pertama pengajian. Ia mungkin mengandungi maklumat mengenai Perth, cuacanya, keperluan pakaian yang sesuai, maklumat mengenai adat tempatan, kemudahan membeli belah, penginapan, pengangkutan, perbankan, surat menyurat dan perkhidmatan telefon, taksiran kos sara hidup dan jumlah wang yang anda harus bawa bersama semasa anda pertama kali tiba, aturan jemputan dan tempoh penyesuaian anda dan tarikh anda dijangka tiba. Pastikan anda menghubungi institusi anda jika anda tidak menerima bahan ini sebelum meninggalkan negara anda.

Siapa yang menetapkan penginapan saya?
Anda harus memastikan anda mempunyai tempat penginapan semasa anda tiba di Australia jadi adalah baik jika anda meminta institusi anda mengaturkan penginapan homestay atau penginapan lain untuk anda untuk 2 hingga 4 minggu pertama. Dalam tempoh ini anda dapat mencari penginapan tetap anda. Jika anda tidak meminta institusi anda mengaturkan penginapan, anda harus mengaturnya sendiri. Pejabat antarabangsa institusi anda mungkin dapat mengaturkan penginapan yang sesuai untuk anda, sama ada di dalam kampus atau di luar kampus apabila anda tiba di Australia.
Apa akan berlaku jika saya tidak mengatur penginapan sebelum tiba di Perth?
Jika anda tidak mengatur penginapan anda sebelum berlepas, institusi mungkin dapat membantu mencari penginapan sewa yang sesuai atau sebuah keluarga Homestay. Anda juga patut memeriksa papan notis kampus anda untuk mencari pelajar lain yang memerlukan orang untuk berkongsi unit atau rumah. Surat khabar tempatan memaparkan iklan untuk penginapan kosong, khususnya pada hari Sabtu dan edisi pertengahan minggu. Terdapat peraturan khas yang mentadbir pendaftaran pelajar bawah 18 tahun di WA. Semua pelajar bawah 18 tahun perlu memastikan penginapan mereka diluluskan oleh institusi mereka.

Adakah institusi di WA diwajibkan mengambil tanggung jawab tambahan untuk mereka di bawah umur 18?
Penyedia pendidikan yang meluluskan aturan penjagaan untuk pelajar bawah 18 tahun harus:
- memberikan institusi terbabit kenyataan bertanda tangan yang mengesahkan aturan bersesuaian telah dilakukan untuk penginapan, sokongan dan kebajikan am pelajar’s dalam tempoh mereka berada di Australia sehingga mereka mencapai umur 18 tahun, dan.
- memberitahu institusi terbabit secara bertulis sebarang pertukaran dalam aturan penjagaan tersebut. Tambahan, pelajar harus mendapatkan pengesahan pemberi pendidikan mereka untuk sebarang pertukaran terhadap aturan ini jika mereka ingin melakukannya setelah tiba di Australia.
Pemberi pendidikan di Australia Barat adalah sangat komited dalam memeriksa dengan teliti semasa mencari bakal penjaga untuk pelajar di bawah 18 tahun.
Apakah keperluan kuarantin Australia?
Ini adalah sangat tegas. Pelawat dari pelbagai bahagian dunia tertarik dengan alam sekitar semulajadi Australia yang menakjubkan. Australia mempunyai banyak tumbuhan dan haiwan asli yang unik untuk planet ini. Kuarantin Australia diperlukan untuk menghalang haiwan perosak eksotik dan penyakit yang boleh memberi kesan kepada flora dan fauna asli, kesihatan manusia, industri pertanian dan alam sekitar kita Tugas ini dilakukan oleh Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Australia (AQIS). Lawati Laman Web AQIS untuk maklumat dalam pelbagai bahasa antarabangsa mengenai apa yang anda tidak harus bawa ke Australia dan apa yang tidak boleh dihantar oleh keluarga dan rakan anda melalui surat.

Adakah sesiapa akan menjemput saya di lapangan terbang?
Jika anda telah membuat aturan terlebih dahulu, institusi di mana anda mendaftar akan menghantar seseorang untuk menjemput anda di lapangan terbang dan menghantar anda ke penginapan anda. Adalah bijak untuk membuat aturan ini dengan institusi anda, kerana anda mungkin tidak biasa dengan pengangkutan dan wang Australia apabila anda tiba buat kali pertama. Anda akan diberitahu bagaimana untuk pergi ke institusi pada hari pertama orientasi anda.
Adakah saya akan menerima orientasi formal kepada Perth dan insititusi saya?
Ya, anda akan menerima orientasi di institusi anda. Mereka akan memperkenalkan anda kepada peraturan dan regulasi serta jadual waktu.
Apakah kewajipan rasmi saya sebagai pelajar antarabangsa dengan visa pelajar?
Anda mempunyai beberapa. Ia merupakan syarat Kerajaan Australia untuk pelajar memberitahu institusi pendidikan mereka mengenai alamat penginapan mereka dalam masa tujuh hari ketibaan mereka, dan memberitahu institusi pendidikan mereka sebarang pertukaran alamat dalam masa tujuh hari. Anda juga perlu hadir ke institusi anda dan mempunyai kemajuan akademik dalam kursus anda.
Anda mesti tinggal dengan institusi yang anda mendaftar selama 12 bulan (atau untuk tempoh kursus jika ia kurang dari 12 bulan). Anda boleh menukar kursus anda tetapi sebelum itu anda mesti memohon kepada DIMA untuk menukar penyedia pendidikan. Terdapat caj pentadbiran kecuali jika pelajar menukar kursus kerana institusi tidak dapat meneruskan kursus tersebut.
Adalah penting untuk mematuhi peraturan visa pelajar Australia untuk tempoh tinggal anda. Di bawah perundangan Kerajaan, pelajar yang melanggar peraturan visa akan menghadapi pembatalan visa mandatori.
Semasa tempoh pengajian, anda boleh meninggalkan Australia dan masuk kembali jika anda mempunyai visa yang sah. Jika tidak, anda harus memohon kembali, bayar caj dan memenuhi syarat visa terkini.
Bolehkah saya tinggal terus selama-lamanya di Australia?
Tidak. Visa pelajar anda tidak sah untuk penginapan tetap di Australia dan penetapan selepas menghabiskan pengajian anda. Anda diharuskan meninggalkan Australia di penghujung pengajian anda.
Apakah visa yang saya perlukan jika saya mahu pelajari kursus kedua di Perth?
Jika selepas menghabiskan kursus pertama anda dan ingin mendaftar untuk kursus baru, anda perlu memohon untuk visa pelajar yang baru sebelum visa sekarang tamat tempoh. Jika visa anda sekarang mempunyai syarat ‘tiada penginapan seterusnya’ anda mungkin tidak akan diberikan visa pelajar yang baru semasa berada di Australia.
Bolehkan saya diterima sebagai migran Australia selepas menghabiskan pelajaran saya di Perth?
Program migrasi berkemahiran Kerajaan Australia mensasarkan orang muda yang mempunyai kemahiran, pendidikan dan kebolehan terbaik yang akan menyumbang kepada ekonomi Australia. Perubahan telah dilakukan kepada program migrasi berkemahiran pada Julai 2003. Untuk maklumat mengenai perubahan ini sila lihat pada laman web DIMA. Pelajar yang layak boleh memohon di Australia sendiri untuk visa tetap dan sementara tertentu. Jika anda ingin bermigrasi ke Australia anda harus menghubungi DIMA untuk mengetahui keperluan migrasi.

Bagaimanakah institusi pendidikan di Perth ditertibkan?
Semua insititusi pendidikan dan latihan Perth’s memberikan kursus berkualiti tinggi dan relevan di peringatkat antarabangsa kepada pelajar antarabangsa. Perundangan Kerajaan Australia memerlukan mereka untuk berdaftar untuk memenuhi langkah-langkah jaminan kualiti. Kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan, fasiliti dan perkhidmatan sokongan boleh dijumpai secara menyeluruh dalam sistem pendidikan dan latihan yang pelbagai. Bakal pelajar harus memfokus untuk mencari institusi yang menawarkan kursus yang sesuai dengan keinginan dan aspirasi mereka.
Adakah terdapat perkhidmatan sokongan khas untuk pelajar antarabangsa?
Ya. Australia merupakan pendahulu di peringkat antarabangsa dalam penjagaan keselamatan dan perkhidmatan sokongan untuk pelajar. antarabangsa.
Apa yang boleh saya lakukan pada masa lapang saya?
Banyak. Institusi pengajian menawarkan akses kepada pelbagai aktiviti tambahan, di kampus dan di dalam komuniti. Aktivit ini termasuk muzik, konsert, drama, sukan dan aktiviti luar. Pelbagai aktiviti sosial yang berbeza dianjurkan oleh setiap insititusi. Semasa cuti semester anda boleh mengembara jauh ke pendalaman untuk menikmati kecantikan. asli Australia’ Barat yang terkemuka dan menakjubkan.

Bagaimana dengan membawa wang Australia bersama saya?
Anda harus menukar sedikit wang kepada Dollar Australia. Cek pengembara diterima di kebanyakan bandaraya besar dan terdapat kemudahan perbankan automatik yang menerima kad kredit utama.
Bolehkah saya menggunakan lesen memandu saya di WA?
Tidak. Anda boleh menggunakan lesen memandu anda untuk memohon lesen memandu Australia. Sebaliknya, anda boleh memohon lesen memandu antarabangsa untuk satu tahun di negara asal anda.

Bolehkah kerja sambilan saya membayar yuran saya?
Jika anda ingin bekerja sambil belajar, maka wang yang anda perolehi daripada bekerja di Austalia harus hanya membantu pendapatan anda dan bukan sebagai sumber pendapatan utama. Anda boleh memohon untuk visa pelajar baru dengan hak bekerja setelah tiba di Australia dan setelah memulakan pelajaran. Anda hanya akan dibenarkan bekerja untuk bilangan jam yang terhad. Maka anda tidak boleh berharap pendapatan anda cukup untuk menampung kos kehidupan atau yuran tuisyen anda.
Berapa banyak wang akan saya dapat dengan bekerja sambilan?
Kadar ganjaran mengikut jam berbeza mengikut umur anda, jenis kerja anda dan akan berubah dari $8 dan $22 sejam.


